Jumaat, Disember 11, 2009


Kes Ahmad: UMNO lega, Gerakan kecewa

BUTTERWORTH 10 Dis. - UMNO Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) menarik balik hukuman penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim, tindakan itu wajar memandangkan Ahmad sudah pun menjalani hukuman ekoran kenyataan kontroversinya ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu.

''Kita percaya keputusan ini (menarik balik hukuman) sudah difikirkan semasak-masaknya oleh pihak MT selepas mengambil kira perkara-perkara yang wajar diberi pertimbangan.

''Dari segi kewajarannya pun, Ahmad sudah pun menjalani hukuman dan beliau masih bersungguh- sungguh untuk membantu UMNO mendekati rakyat terutamanya di Pulau Pinang," katanya semalam.

Sementara itu, Ahmad yang dihubungi menyatakan rasa syukur serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti berhubung perkara itu dan bertekad untuk terus membantu UMNO menabur bakti kepada rakyat negeri ini.

''Selama ini pun (dalam tempoh penggantungan) saya tetap berjuang dengan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada UMNO Bahagian Bukit Bendera," katanya.

Sementara itu Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Gerakan berpendapat keputusan tersebut bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen Bawang :

Sebenarnya penarikan semula hukuman penggantungan selama 3 tahun terhadap mantan Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang iaitu Datuk Zahid Hamidi pada Kursus Orientasi Kepimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada awal bulan lepas.

Bawang memang menyokong penuh penarikan hukuman ini. Sepatutnya dari dulu lagi hukuman ini tidak patut dikenakan langsung terhadap Datuk Ahmad Ismail. Janganlah kerana desakan daripada satu pihak sahaja kita sewenang-wenangnya menghukum secara melulu. Ingin bawang persoalkan disini, apakah pihak yang satu lagi itu tidak pernah bersuara lantang mengenai perkara yang sama dibangkitkan oleh Datuk Ahmad Ismail? Kenapa pada ketika itu tiada seorang pun pemimpin UMNO yang mendesak barisan kepimpinan pihak sana untuk menggantung keahlian pemimpin mereka yang lantang bersuara? Dimanakah pemimpin UMNO yang lain ketika Datuk Ahmad Ismail digantung? Siapa yang bangkit membela? ? Semua hanya menikus di kerusi sendiri.

Pada ketika itu, siapakah pemimpin di Pulau Pinang yang berani bersuara secara lantang? Berani bercakap secara terbuka mengenai isu-isu sensitif yang selama ini dimainkan oleh pembangkang? Siapa? Bukalah mata!! Adakah apa yang dikatakan oleh Datuk Ahmad Ismail itu salah? Adakah UMNO masih lagi mahukan pemimpin yang mengipas punggung masing-masing? Mengiayakan apa yang tidak dan menidakkan sesuatu yang benar hanya kerana menjaga kepentingan, periuk nasi dan status masing-masing? Halusi wahai sekalian sahabat. Pemimpin seperti beliaulah yang UMNO perlukan. Berani bercakap kerana benar dan masih setia, tidak merajuk serta tidak sekali-sekali berpaling tadah dengan UMNO walaupun menerima hukuman digantung selama 3 tahun. Buktinya? Beliau masih menghadiri program dan aktiviti yang dianjurkan oleh UMNO. Membantu bangsa Melayu di kawasan beliau disetiap peringkat. Adakah berbaloi kita kehilangan seorang pemimpin yang jiwanya dan hatinya keras demi perjuangan bangsa Melayu semata?

Syor bawang, janganlah diulangi lagi kesilapan dalam membuat keputusan penggantungan. JANGAN KITA TUNDUK KEPADA DESAKAN SESIAPAPUN. USAH TAKUT DAN GENTAR DENGAN ANCAMAN DAN PROVOKASI PIHAK-PIHAK DILUAR SANA. USAH KITA ENJAK DARI APA YANG KITA PATUT PERJUANGKAN. KEMBALIKAN KUASA DAN HAK MELAYU PULAU PINANG. KEPADA DATUK AHMAD ISMAIL, WELCOME BACK MALAY FIGHTER.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan