Rabu, Januari 05, 2011

Jumaat, Disember 11, 2009


Kes Ahmad: UMNO lega, Gerakan kecewa

BUTTERWORTH 10 Dis. - UMNO Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi (MT) menarik balik hukuman penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim, tindakan itu wajar memandangkan Ahmad sudah pun menjalani hukuman ekoran kenyataan kontroversinya ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu.

''Kita percaya keputusan ini (menarik balik hukuman) sudah difikirkan semasak-masaknya oleh pihak MT selepas mengambil kira perkara-perkara yang wajar diberi pertimbangan.

''Dari segi kewajarannya pun, Ahmad sudah pun menjalani hukuman dan beliau masih bersungguh- sungguh untuk membantu UMNO mendekati rakyat terutamanya di Pulau Pinang," katanya semalam.

Sementara itu, Ahmad yang dihubungi menyatakan rasa syukur serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti berhubung perkara itu dan bertekad untuk terus membantu UMNO menabur bakti kepada rakyat negeri ini.

''Selama ini pun (dalam tempoh penggantungan) saya tetap berjuang dengan parti apabila dilantik sebagai Penasihat kepada UMNO Bahagian Bukit Bendera," katanya.

Sementara itu Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Gerakan berpendapat keputusan tersebut bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen Bawang :

Sebenarnya penarikan semula hukuman penggantungan selama 3 tahun terhadap mantan Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang iaitu Datuk Zahid Hamidi pada Kursus Orientasi Kepimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada awal bulan lepas.

Bawang memang menyokong penuh penarikan hukuman ini. Sepatutnya dari dulu lagi hukuman ini tidak patut dikenakan langsung terhadap Datuk Ahmad Ismail. Janganlah kerana desakan daripada satu pihak sahaja kita sewenang-wenangnya menghukum secara melulu. Ingin bawang persoalkan disini, apakah pihak yang satu lagi itu tidak pernah bersuara lantang mengenai perkara yang sama dibangkitkan oleh Datuk Ahmad Ismail? Kenapa pada ketika itu tiada seorang pun pemimpin UMNO yang mendesak barisan kepimpinan pihak sana untuk menggantung keahlian pemimpin mereka yang lantang bersuara? Dimanakah pemimpin UMNO yang lain ketika Datuk Ahmad Ismail digantung? Siapa yang bangkit membela? ? Semua hanya menikus di kerusi sendiri.

Pada ketika itu, siapakah pemimpin di Pulau Pinang yang berani bersuara secara lantang? Berani bercakap secara terbuka mengenai isu-isu sensitif yang selama ini dimainkan oleh pembangkang? Siapa? Bukalah mata!! Adakah apa yang dikatakan oleh Datuk Ahmad Ismail itu salah? Adakah UMNO masih lagi mahukan pemimpin yang mengipas punggung masing-masing? Mengiayakan apa yang tidak dan menidakkan sesuatu yang benar hanya kerana menjaga kepentingan, periuk nasi dan status masing-masing? Halusi wahai sekalian sahabat. Pemimpin seperti beliaulah yang UMNO perlukan. Berani bercakap kerana benar dan masih setia, tidak merajuk serta tidak sekali-sekali berpaling tadah dengan UMNO walaupun menerima hukuman digantung selama 3 tahun. Buktinya? Beliau masih menghadiri program dan aktiviti yang dianjurkan oleh UMNO. Membantu bangsa Melayu di kawasan beliau disetiap peringkat. Adakah berbaloi kita kehilangan seorang pemimpin yang jiwanya dan hatinya keras demi perjuangan bangsa Melayu semata?

Syor bawang, janganlah diulangi lagi kesilapan dalam membuat keputusan penggantungan. JANGAN KITA TUNDUK KEPADA DESAKAN SESIAPAPUN. USAH TAKUT DAN GENTAR DENGAN ANCAMAN DAN PROVOKASI PIHAK-PIHAK DILUAR SANA. USAH KITA ENJAK DARI APA YANG KITA PATUT PERJUANGKAN. KEMBALIKAN KUASA DAN HAK MELAYU PULAU PINANG. KEPADA DATUK AHMAD ISMAIL, WELCOME BACK MALAY FIGHTER.




Selasa, Disember 08, 2009

Sambut Hari Lahir Di Luar Negara??


Memegang pasport diplomatik bernombor D034036, kelmarin pada jam 10:25 pagi bertarikh 7 Disember 2009, Lim Guan Eng telah berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat MI 351.

Nak dijadikan cerita, terjadi sedikit kekecohan pada ketika salah seorang petugas airlines bawak pasport si Guan Eng, wife Guan Eng dan jugak Jeff Ooi.

Si petugas ni bawak pasport depa ni mai kat kaunter imigresen untuk clearance. Maka seorang pegawai imigresen ditugaskan untuk pi verify muka pemegang pasport ni kat bilik VIP. Bila pegawai ni pi bilik VIP, rupanya Guan Eng dengan gengnya tak sampai lagi kat airport tapi pasport yang sampai dulu. So, pegawai imigresen ni tak dapatla nak clear pasport sebab mengikut prosedur, sebelum nak buat clearance pasport, kena verify muka dulu. Yang si petugas airline ni dok mai bising-bising kat kaunter dengan kata "Suka hati you all la nak buat macam mana pun." Bila Guan Eng sampai, pegawai ni pon clearla pasport depa semua.

Tak lama lepas tu, pegawai imigresen dapat panggilan telefon mengatakan bahawa Jeff Ooi buat aduan bahawa Imigresen tak beri kerjasama. Tak beri kerjasama hapanya Jeff oii? Pasport clear jugak kan? Imigresen bertugas mengikut prosedur. Jangan disebabkan hampa perasan hampa VIP hampa bole komplen ikut suka hati. Baru jadi ahli parlimen ja.. bukannya menteri lagi pon. Sebelum ni dok clear pasport Tun TYT Penang dengan keluarga cukup mudah. Tun dan keluarga memberikan kerjasama yang amat baik. Tak timbul pun sebarang masalah macam hampa-hampa ni.

Buat petugas airlines yang berkenaan, ni bukan soal suka hati. Ni soal prosedur dan etika kerja. Tolong hormati kerja pihak lain. Nampak sangat pi mengadu kat "Tuan Besar" dia. Kenapa? Takut tak dapat tips? Tak masyuk? Kepada Guan Eng.. SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-40. Harini, 8 Disember 2009, birthday "TUAN BESAR". Makan besar di Singapore nampaknya. Agaknya dapat jemputan istimewa dari TUAN BESAR LEE KUAN YEW..

Untuk pengetahuan pembaca, Guan Eng dan gengnya hanya duduk di kelas ekonomi. Kenapa? Salah satu strategi politiknya untuk mendekati rakyat. Beliau mahu rakyat Malaysia dan Singapura melihat dirinya sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat. Juga tidak menggunakan wang rakyat untuk keselesaan diri sendiri dan keluarga. Tahniahlah Guan Eng.. Bijak! Bijak!

p/s : Pemimpin UMNO kena naik kelas ekonomi selepas ni.

Selasa, November 17, 2009

Kursus Orientasi Kepimpinan UMNO Pulau Pinang



Pada 30 September-2 November 2009 bertempat di ILMU Janda Baik, telah diadakan Kursus Orientasi Kepimpinan UMNO Pulau Pinang yang dihadiri oleh :

  1. Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang
  2. Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian
  3. Ketua dan Naib Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian
  4. Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian
  5. ADUN-ADUN UMNO
  6. Jawatankuasa Sekretariat Latihan
Jika diikutkan pada bilangan yang patut hadir kesemuanya berjumlah 250. Tetapi jumlah yang hadir hanyalah 217. Ya, jika dikira pada peratusan yang tak hadir, memang sikit. Tapi amatlah mendukacitakan apabila yang tak hadir ini terdiri dikalangan Ketua-ketua Bahagian dan juga ADUN-ADUN UMNO. Mungkin tak dapat hadir kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan. Tetapi dari pengamatan bawang, kalau barisan kepimpinan tertinggi di peringkat negeri mahupun bahagian tidak hadir, siapa lagi yang harus menyalurkan maklumat dan strategi hasil daripada LDK yang dijalankan kepada peringkat bawahan?

Mungkin ada diantara yang tidak hadir merasakan bahawa kursus ini tidak penting kerana mereka sudah biasa dengan kursus sana sini selama bertahun-tahun menjadi ahli UMNO. Betul! Tapi terdapat agenda yang lebih penting di Janda Baik ni yang boleh dijadikan penanda aras kepada kebangkitan semula semangat juang ahli-ahli UMNO yang lemau dan rapuh seiring dengan kejatuhan Pulau Pinang ke tangan pembangkang pada PRU-12 tahun lepas.

Isnin, November 16, 2009

Generasi Muda Sokong UMNO Tapi Dihalang Sertai Parti

KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata, ia berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi. "Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, jika dilihat dalam parti pembangkang, Pas, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.

Katanya, sehubungan itu, pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan. Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, bekas Perdana Menteri berkata, ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

Dr Mahathir berkata, dilema sekarang adalah penyertaan dalam parti Umno dilihat bukan lagi sebagai perjuangan untuk bangsa dan negara seperti pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi kini lebih kepada untuk menjamin kedudukan mereka dan mendapat kuasa.Katanya, ia juga menyebabkan bermulanya politik wang setiap kali pilihan raya dan pemilihan Umno.

Dr Mahathir berkata, jikalau ada ahli atau pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menegur mereka. "Jangan sokong orang yang berjuang hanya untuk mengisi periuk nasi mereka. "Kita perlu jaga parti keramat ini, Umno telah bertahan lebih lama daripada lain-lain parti yang berjuang untuk kemerdekaan (negara masing-masing), kalau sayang Umno pastikan ia tidak dibawa ke arah lain dan tidak diguna oleh para pemimpin untuk kepentingan sendiri," tegas beliau.

Beliau memberi contoh parti-parti politik yang berjuang untuk memerdekakan negara mereka seperti di India, Indonesia, Pakistan dan Afrika yang banyak daripadanya tidak wujud lagi atau sudah lemah sekarang, kerana rakyat negara mereka sudah tidak lagi menyokong mereka.

"Mereka lupa janji mereka kepada rakyat, iaitu pemerintahan yang dipimpin mereka akan lebih adil dan lebih bertimbang rasa daripada pemerintahan penjajah. Pada mulanya rakyat masih menyokong, tapi lama-kelamaan rakyat akan sedar mereka tidak lagi mempedulikan nasib rakyat tapi utamakan kedudukan dan kekayaan.

"Maka rakyat akan mula kecewa dan semakin lama semakin kurang sokongan mereka kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya parti seperti ini akan jadi lumpuh, lemah dan seterusnya hilang," katanya. - Bernama


Komen Bawang :

Tepat sekali seperti yang diperkatakan oleh Tun. Siapa yang berani menafikan? Bawang dan rakan-rakan sendiri pernah merasai susahnya nak menapak dalam arena politik. Dipancung sedari awal, baru hendak menyucuk pokok ke tanah tetapi sudah dipatahkan akarnya.

Bila dipanggil bermesyuarat, agenda yang sering diperkatakan "Oh! Kita mesti tarik pengundi muda. Buat program untuk mereka". Cakap memang senang tapi pelaksanaannya dimana? Secara jujurnya, buat habeh duit ja dok buat program sana sini untuk nak tarik pengundi ni kalau penglibatan golongan ini yang berkemampuan memimpin dan memberi buah fikiran dipancung dan dianaktirikan dari awal kerana takut mereka yang berada diatas hilang kuasa. Dinafikan hak mereka untuk bertanding. Bak kata rakan-rakan rapat, “Undi kita depa mau tapi peluang langsung takmau bagi”.


Ya! Memang benar sekarang ini ramai orang Melayu yang berkelulusan tinggi. Ramai sebenarnya diluar sana yang pengajiannya ditaja, diberi biasiswa mahupun pinjaman kerajaan. Tapi berapa ramai yang berkecimpung dalam politik? Berapa ramai yang berpeluang menyalurkan semula ilmu pengetahuan yang mereka perolehi kepada golongan belia ini? Wahai orang-orang 'diatas,' tarik semula golongan generasi muda ini selepas pengajian. Janganlah dok menyombong dengan menyekat peluang golongan ini dari menyertai parti keramat ini. Takkan selamanya yang 'diatas' akan berada diatas. Kami ini ibarat anak-anak anda.
Berikan tunjuk ajar, curahkan ilmu. Dekatkan mereka dengan UMNO. Beri pendedahan, penerangan dan ilmu tentang hal-hal politik negara. Pastikan pelaburan pinjaman dan biasiswa oleh kerajaan ini tidak lebur di tangan pembangkang. Penat menuai tapi orang lain merasa hasilnya. Satu kerugian bukan?

Buat orang-orang lama kat 'atas' tu... Bukan niat kami nak rampas jawatan.. jauh sekali nak menidakkan kemampuan anda untuk memimpin. Bukan suruh letak jawatan, tapi tanamkan sedikit kepercayaan kepada golongan ini. Bagi peluang. Golongan ‘atas’ dan ‘bawah’ saling memerlukan. Percayalah, UMNO perlukan pembaharuan. UMNO perlu penjenamaan semula. REBRANDING. Supaya UMNO tidak lagi dianggap parti yang tidak relevan. Jangan buat UMNO ni macam hakmilik individu. UMNO bukan hampa punya. Takkan boleh bawak masuk kuboQ pon. Ingatlah, UMNO cemerlang kerana ahli dan pemimpinnya, bukannya berdiri atas pemimpinnya sahaja. Yang penting, UMNO berjuang atas dasar bangsa. Bangsa MELAYU. Bukan individu. Takkan kita sanggup melihat UMNO melingkup disebabkan perangai sesetengah pemimpin yang tak habeh-habeh nak kepit jawatan, tapi habuk pun tarak.

Jangan satu hari nanti.. Melayu sendiri yang mencipta detik kemusnahan Melayu!

Kulihat Layu Dalam Melayu



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat..
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan..
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya..
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu

Tanahair kita yang punya
Kita siram kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam Melayu
Kulihat layu dalam Melayu
Kulihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang didunia
Ya! Tapi apa guna tak hilang didunia
Jika kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Didalam mengikut jari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir diluar kotak
Kulihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu menjadi cantik tapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali!
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai