Isnin, November 16, 2009

Kulihat Layu Dalam Melayu



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat..
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan..
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya..
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu

Tanahair kita yang punya
Kita siram kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam Melayu
Kulihat layu dalam Melayu
Kulihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang didunia
Ya! Tapi apa guna tak hilang didunia
Jika kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Didalam mengikut jari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir diluar kotak
Kulihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu menjadi cantik tapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali!
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan